Friday, December 17, 2010

Sungai Pinang Village

SEJARAH KAMPUNG
Menurut cerita orang tua nama Sungai Pinang diambil sempena nama pohon pinang yang tumbuh dengan banyak di sepanjang Sungai Pinang dan kawasan sekeliling. Kebetulan buah pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia menjadi bahan mentah yang penting untuk dijadikan minyak tanah. Buah pinang setengah masak atau istilah pasarnya dikenali sebagai “Pinang Pok” ditakik dan untuk menghilangkan getahnya ia direndam ke dalam sungai tersebut. Aliran sungai yang asal melalui Mukim A Tengah tetapi apabila berlaku banjir besar pada tahun 1932 (lebih kurang jam 12.02 tengahari) telah mengakibatkan sungai tersebut pecah dan arah alirannya bertukar kepada aliran sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...